Sunday, December 09, 2012

KARNIVAL KEMBALI KE SEKOLAH KAKKES 2013

TAHNIAH kepada AJK PIBG 2012/2014 kerana telah berjaya menjayakan Karnival Kembali Ke Sekolah 2013.

Gambar-Gambar sekitar KAKKES 2013




















Monday, November 19, 2012

PENGUMUMAN UPSR 2012


Seramai 20 orang pelajar telah berjaya mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR 2012.. TAHNIAH  kepada yang berjaya...

Tuesday, November 06, 2012

KEPUTUSAN UPSR 2012

Mesti ramai pelajar tahun 6 yang berdebar-debar nak tau keputusan UPSR kan... Sila baca paparan di bawah untuk berita terkini mengenai keputusan UPSR..


KENYATAAN AKHBAR
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
TAHUN 2012



Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat UtamaAras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Pada tahun ini seramai 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.


Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
6 November 2012

Sunday, October 21, 2012

Aktiviti Akhir Tahun 2012

Peperiksaan Akhir Tahun dah tamat.. 
Hari Rabu 24/10/2012 akan ada majlis Anugerah Kokurikulum dan perasmian surau SKTR.. 
Pada 29/10/2012 akan diadakan majlis Hari Raya Korban dan Ibadah Korban di SKTR.. 
Pada 9/11/2012 bermulalah cuti semester yang dinanti-nanti..

Tuesday, October 02, 2012

Monday, October 01, 2012

UPSR 2012



Peperiksaan UPSR telah tamat... guru-guru tahun 6 sudah boleh berehat.. kepada pelajar-pelajar tahun 6 , rancanglah masa depan anda dengan memilih sekolah yang terbaik untuk anda.. bukan lah maksud saya kalau tak dapat SBP tu tak boleh berjaya.. tapi faktor persekitaran juga amat penting dalam mendidik dan mempengaruhi aktiviti seharian kita..blog ni agak lama tak di update sejak saya tersalah klik yang menyebabkan gambar semua hilang.. saya nak kna recover balik semuanya dan masih belum ada masa... mungkin cuti sekolah yang panjang nanti saya boleh usahakan.. kepada murid-murid yang kurang berjaya dala keputusan UPSR nanti anda jangan terlalu kecewa manakala yang berjaya dapat 5A pula jangan terlalu berbangga sehingga menjadi malas untuk belajar kerana UPSR bukan penentu kejayaan anda. Ianya merupakan langkah pertama bagi kita rakyat Malaysia untuk mencapai cita-cita yang diimpikan.

SEMOGA SKTR mencapai MISI sekolah...

Sunday, September 02, 2012

SELAMAT HARI MERDEKA KE 55

Seperti yang kita sedia maklum.. Negara Malaysia telah menyambut Kemerdekaan yang ke 55 pada 31 Ogos yang lepas... Di sini saya ingin berkongsi maksud logo dan tema kemerdekaan pada tahun ini..

 



Tuesday, August 07, 2012

MAKSUD HARI RAYA AIDILFITRI

Raya ni ada banyak, korang nak apa?hantu raya?bunga raya?Selamat hari Raya?haa...mesti suka yang duit raya tu kan?aku pun suka jugak.hehe...tapi dah tua ni tak payah lah nak mengharap sangat dapat duit raya.eh tak payah harap langsung...sepatutnya kita yang bagi duit raya



Apa makna raya bagi korang?
1) dah tak payah puasa?
2) syaitan2 semua terlepas sebab tu raya?
3) Boleh beraya?

Sebenarnya hari raya maksud nya hari kemenangan...iaitu kan hari kemenangan umat islam melawan nafsu, membersihkan diri dari dosa-dosa supaya kembali menjadi seorang muslim yang beriman.Kenapa aku cakap macam tu? sebab ini merupakan satu fitrah bahawa secara semulajadi manusia ni kembali untuk beriman kepada Allah.Kiranya puasa sebulan tu sebagai satu cabaran kepada umat islam untuk berpuasa dan melakukan ibadat supaya menjadi insan yang lebih baik...

Berdasarkan petikan itu, benarkah kita semua menjadi lebih baik?adakah sewaktu berpuasa kita tak mengata orang?tak mengumpat?tak menipu?dan ada juga yang tinggal solat.Nauzubillah..Lebih aib lagi tak berpuasa. (Tak puasa tapi nak raya....ish2)
Wahai kawan2 sekalian, buat dosa kepada manusia takan diampunkan Allah sehingga kita meminta maaf dari tuan punya badan.

Kepada yang tak berpuasa..yakni sengaja tak berpuasa exception kepada wanita atau lelaki mahupun wanita yang sakit....apa rasa tak puasa ye?Moga Allah tak terbalikkan hati kami Ya Allah...Semoga Allah membuka hati anda dan renungkanlah...Len kali tak payah raya kalau tak puasa

saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada Pembaca Blog, kepada Keluarga, Kawan-kawan semua, Semestinya saya ada melakukan kesilapan, mengguris hati, tak layan or cari pasal..Mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.SELAMAT HARI RAYA

Friday, July 27, 2012

GAMBAR HILANG

PEMBERITAHUAN..

Kepada semua yang melayari blog nie.. admin minta maaf sbb semua gambar dalam blog nie hilang.. admin sedang berusaha membaikinya.. jadi diharap agar semua dapat bersabar.. admin meminta maaf atas semua kesulitan yang dihadapi..

Sekian terima kasih..

Saturday, July 21, 2012

TARAWIKH




Sunat Tarawih

1. Hadith riwayat Muslim: Dari Abu Hurairah Radiallahu 'anhu bahawa Rasulullah telah bersabda: "Barangsiapa yang mendirikan solat tarawih pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu".
2. Hukum tarawih adalah sunat muakkad, sebaiknya berjemaah.
3. Waktu solat adalah selepas fardhu Isyak.
4. Jumlah rakaat pada zaman Rasulullah adalah 8 tetapi Khalifah Omar Al-Khattab menambahkan lagi bilangannya menjadi 20. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sebanyak 20 rakaat. Solat tarawih dilakukan dua rakaat pada setiap takbiratul-ihram.
5. Niat solat jika makmum adalah "Sengaja aku bersolat (atau sembahyang) sunat tarawih dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala". Lafaz niatnya adalah




"Ussali sunatat tarawih raka'ataini makmuman (ma'munatan bagi perempuan) lillahi ta'ala".
6. Rukun sembahyang adalah serupa dengan rukun solat yang lain.
7. Bacaan-bacaan sunat sebelum dan/atau selepas tiap-tiap dua rakaat tarawih dan/atau witir:-
(i) Bila Bilal menyebut:




"Subhanallahi wal hamdulillahi wa la ilaha illallahu wallahu akbar wa la haula wala quata illa billahil 'aliyil 'adzim". dan







"Allahumma salli 'ala muhammad" atau "Allahumma salli 'ala saiyidina wa syafi 'ina wa dzukhrina wa maulana muhammad".

(ii) Ramai menyahut: "Sallahu was salama 'alaih".
(iii) Bila Bilal menyebut:




"Solatut tarawihi min qiyami syahri ramadhana athabakumullah".
(iv) Ramai menyahut: "Assalatu la ilaha illallah".
(v) Bila Bilal menyebut: "Fadhlan minallahi wa ni'mah".
(vi) Ramai menyahut:




"Wa maghfiratan wa rahmah, La ilaha illallahu wahdahu La syarika lah, Lahulmulku wa huwa 'ala kulli syai in qadir".
(vii) Bila Bilal menyebut: "Albadrul muniru muhammad".
(viii) Ramai menyahut: "Sollu 'alaih".
(ix) Bila Bilal menyebut: "Subhanal malikil ma'bud".
(x) Ramai menyahut



:

"Subhanal malikil maujud, subhanal malikil haiyilladzi la yanamu wa la yamutu wa la yafutu abada, subbuhul quddus, rabbana wa rabbul malaikati warruh, subhanallahi walhamdulillahi wa la ilaha illallahu wallahu akbar, wa la haula wa la quata illa billahil 'aliyil adzim".
(xi) Bila Bilal menyebut:




"Alkhalifatul awwal amirul mu'minin saiyidina abu bakris siddiq" atau




"Alkhalifatuth-thani amirul mu'minin saiyidina 'umarubnil khattab" atau




"Alkhalifatuth thalathu amirul mu'minin saiyidina 'uthmanabni 'affan".
(xii) Ramai menyahut: "Radhiallahu 'anh".
(xiii) Bila Bilal menyebut:




"Alkhalifatur rabi' amirul mu'minin saiyidina 'aliyubni abi talib".
(xiv) Ramai menyahut: "Karamallahu wajhah".
(xv) Bila Bilal menyebut:
"Autiru wa majjidu wa 'adzdzamu (waqnutu) syahrakum syahras siyami rahimakumullah"
selepas tarawih untuk memaklumkan sembahyang witir.
(xvi) Ramai menyahut: "Assalatu La ilaha illallah".
8(a) Niat witir adalah "Sengaja aku sembahyang sunat witir dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala". Lafaznya ialah




"Ussalli sunnatal witri rak'ataini ma'muman (ma'mumatan jika perempuam) lillahi ta'ala" bagi dua rakaat yang pertama.
dan
"Sengaja aku sembahyang sunat witir satu rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala". Lafaznya ialah




'Ussalli sunnatal witri raka'atan ma'muman (ma'mumatan bagi perempuan) lillahi ta'ala" bagi sembahyang terakhir.
8(b) Jika melakukan tarawih lapan rakaat sahaja, lazimnya sembahyang witir dibuat dalam tiga rakaat dengan satu salam sahaja. Niatnya "Sengaja aku sembahyang sunat witir tiga rakaat kerana Allah Ta'ala". Sisipkan 'mengikut imam' jika makmum. Lafaznya adalah "Ussalli sunnatal witri thalatha raka'atin (ma'muman atau ma'mumatan jika mengikut imam) lillahi ta'ala".
9. Pada malam keenambelas Ramadhan disunatkan membaca qunut (seperti qunut subuh) pada rakaat terakhir dan disunatkan sujud sahwi jika meninggalkannya.
10. Tahlil beramai-ramai selepas sembahyang witir adalah:




"Ya latifu kafi, ya hafidzu ya syafi" dua kali dan "ya latifu ya wafi ya karimu antallah" disambung dengan beberapa kali "La ilaha illallahu la ilaha illallah".
11. Pedoman ini diharap dapat membantu pembaca budiman. Sebutan-sebutan bahasa Arab dialih-hurufkan sedekat mungkin dengan sebutan lazim bacaan rumi. Tetapi perbezaan artikulasi huruf sebutan, harakat dsb. hendaklah dirujuk kepada buku atau orang yang mahir dalam sebutan asalnya.
12. Niatlah puasa bagi hari berikutnya (jika bukan 1 syawal) "Sengaja aku berpuasa besok dalam bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala" dan lafaznya "Nawaitu sauma ghadin 'an ramadhana lillahi ta'ala".

ADAB PUASA



Ini ada petikan artikel dari Berita Harian mengenai adab2 berpuasa:
Adab-adab puasa Ramadan
1. Diriwayatkan dari Umar bin Khaththab r.a. telah bersabda Rasulullah saw: Apabila malam sudah tiba dari arah sini dan siang telah pergi dari arah sini, sedang matahari sudah terbenam, maka orang yang puasa boleh berbuka.(H.R.: Al-Bukhary dan Muslim)
2. Diriwayatkan dari Sahal bin Saad: Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda: Manusia (ummat Islam) masih dalam keadaan baik selama mentakjilkan (menyegerakan) berbuka. (H.R.: Al-Bukhary dan Muslim)
3. Diriwayatakan dari Anas r.a., ia berkata: Rasulullah s.a.w. berbuka dengan makan beberapa ruthaab (kurma basah) sebelum solat, kalau tidak ada maka dengan kurma kering, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk. (H.R.: Abu Daud dan Al-Hakiem)
4. Diriwayatkan dari Salman bin Amir, bahwa sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda: Apabila salah seorang diantara kamu puasa hendaklah berbuka dengan kurma, bila tidak ada kurma hendaklah dengan air, sesungguhnya air itu bersih. (H.R.: Ahmad dan At-Tirmidzi)
5. Diriwayatkan dari Ibnu Umar: Adalah Nabi saw. selesai berbuka Beliau berdo’a (artinya) telah pergi rasa haus dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap ada Insya Allah. (H.R.: Ad-Daaruquthni dan Abu Daud hadits hasan)
6. Diriwayatkan dari Anas, ia berkata: Telah bersabda Rasulullah saw: Apabila makan malam telah disediakan, maka mulailah makan sebelum shalat Maghrib, janganlah mendahulukan shalat daripada makan malam itu (yang sudah terhidang). (H.R.: Al-Bukhary dan Muslim)
7. Diriwayatkan dari Anas bin Malik ra: Sesungguhnya Rasulullah saw. telah bersabda: Makan sahurlah kalian karena sesungguhnya makan sahur itu berkah. (H.R.: Al-Bukhary)
8. Diriwayatkan dari Al-Miqdam bin Ma’di Yaqrib, dari Nabi saw. bersabda: Hendaklah kamu semua makan sahur, karena sahur adalah makanan yang penuh berkah. (H.R.: An-Nasa’i)
9. Diriwayatkan dari Zaid bin Tsabit t berkata: Kami bersahur bersama Rasulullah saw. kemudian kami bangkit untuk menunaikan shalat (Shubuh). saya berkata: Berapa saat jarak antara keduanya (antara waktu sahur dan waktu Shubuh) Ia berkata: Selama orang membaca lima puluh ayat. (H.R.: Al-Bukhary dan Muslim)
10. Diriwayatkan dari Amru bin Maimun, ia berkata: Adalah para sahabat Muhammad saw. adalah orang yang paling menyegerakan berbuka dan melambatkan makan sahur. (H.R.: Al-Baihaqi)
11. Telah bersabda Rasulullah saw: Apabila salah seorang diantara kamu mendengar adzan dan piring masih di tangannya janganlah diletakkan hendaklah ia menyelesaikan hajatnya (makan/minum sahur) daripadanya. (H.R.: Ahmad dan Abu Daud dan Al-Hakiem)
12. Diriwayatkan dari Abu Usamah ra. ia berkata: Shalat telah di’iqamahkan, sedang segelas minuman masih di tangan Umar ra. beliau bertanya: Apakah ini boleh saya minum wahai Rasulullah? Beliau r.a menjawab: ya, lalu ia meminumnya. (H.R.: Ibnu Jarir)
13. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. ia berkata: Adalah Rasulullah saw. orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya, dan Jibril menemuinya pada setiap malam pada bulan Ramadhan untuk mentadaruskan beliau saw. al-qur’an dan benar-benar Rasulullah saw. lebih dermawan tentang kebajikan (cepat berbuat kebaikan) daripada angin yang dikirim. (H.R.: Al-Bukhary)
14. Diriwayatkan dari Abu Hurairah, ia berkata: Adalah Rasulullah saw. menggalakkan qiyamullail (shalat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, maka beliau bersabda: Barang siapa yang shalat malam di bulan Ramadhan karena beriman dan mengharapkan pahala dari Allah, maka diampuni baginya dosanya yang telah lalu. (H.R.: Jama’ah)
15. Diriwayatkan dari Aisyah ra. Sesungguhnya Nabi saw. apabila memasuki sepuluh hari terakhir (bulan Ramadhan) beliau benar-benar menghidupkan malam (untuk beribadah) dan membangunkan istrinya ( agar beribadah ) dengan mengencangkan ikatan sarungnya (tidak mengumpuli isterinya). (H.R.: Al-Bukhary dan Muslim)
16. Diriwayatkan dari Aisyah, ia berkata: Adalah Nabi saw. bersungguh-sungguh shalat malam pada sepuluh hari terakhir (di bulan Ramadhan) tidak seperti kesungguhannya dalam bulan selainnya. (H.R.: Muslim)
17. Diriwayatkan dari Abu salamah din Abdur Rahman, sesungguhnya ia telah bertanya kepada Aisyah ra: Bagaimana shalat malamnya Rasulullah saw di bulan Ramadhan? maka ia menjawab: Rasulullah saw tidak pernah shalat malam lebih dari sebelas raka’at baik di bulan Ramadhan maupun di bulan lainnya, caranya: Beliau shalat empat raka’at jangan tanya baik dan panjangnya, kemudian shalat lagi empat raka’at jangan ditanya baik dan panjangnya, kemudian shalat tiga raka’at. (H.R.: Al-Bukhary,Muslim dan lainnya)
18. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata: Adalah Rasulullah saw. apabila bangun shalat malam, beliau membuka dengan shalat dua raka’at yang ringan, kemudian shalat delapan raka’at, kemudian shalat witir. (H.R.: Muslim)
19. Diriwayatkan dari Ibnu Umar ia berkata: Ada seorang laki-laki berdiri lalu ia berkata: Wahai Rasulullah bagaimana cara shalat malam? Maka Rasulullah saw menjawab: Shalat malam itu dua raka’at. Apabila kamu khawatir masuk shalat Shubuh, maka berwitirlah satu raka’at. (H.R.: Jama’ah)



20. Dari Aisyah ra. ia berkata: Sesungguhnya Nabi saw shalat di masjid, lalu para sahabat shalat sesuai dengan shalat beliau (bermakmum di belakang), lalu beliau shalat pada malam kedua dan para sahabat bermakmum dibelakangnya bertambah banyak, kemudian pada malam yang ketiga atau yang keempat mereka berkumpul, maka Rasulullah saw tidak keluar mengimami mereka. Setelah pagi hari beliau bersabda: Saya telah tahu apa yang kalian perbuat, tidak ada yang menghalangi aku untuk keluar kepada kalian (untuk mengimami shalat) melainkan aku khawatir shalat malam ini difardhukan atas kalian. Ini terjadi pada bulan Ramadhan. (H.R.: Al-Bukhary dan Muslim)
21. Dari Ubay bin Ka’ab t. ia berkata: Adalah Rasulullah saw. shalat witir dengan membaca: (Sabihisma Rabbikal A’la) dan (Qul ya ayyuhal kafirun) dan (Qulhu wallahu ahad). (H.R.: Ahmad, Abu Daud, Annasa’i dan Ibnu Majah)
22. Diriwayatkan dari Hasan bin Ali t. ia berkata: Rasulullah saw. telah mengajarkan kepadaku beberapa kata yang aku baca dalam qunut witir: (artinya) Ya Allah berilah aku petunjuk beserta orang-orang yang telah engkau beri petunjuk, berilah aku kesehatan yang sempurna beserta orang yang telah engkau beri kesehatan yang sempurna, pimpinlah aku beserta orang yang telah Engkau pimpin, Berkatilah untukku apa yang telah Engkau berikan, peliharalah aku dari apa yang telah Engkau tentukan. Maka sesungguhnya Engkaulah yang memutuskan dan tiada yang dapat memutuskan atas Engkau, bahwa tidak akan hina siapa saja yang telah Engkau pimpin dan tidak akan mulia siapa saja yang Engkau musuhi. Maha agung Engkau wahai Rabb kami dan Maha Tinggi Engkau. (H.R.: Ahmad, Abu Daud, Annasa’i, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
23. Dari Abu Hurairah ra. bahwa Nabi saw. bersabda: Barang siapa yang shalat malam menepati lailatul qadar, maka diampuni dosanya yang telah lalu. (H.R.: Jama’ah)
24. Diriwayatkan dari Aisyah ra. Sesungguhnya Rasulullah saw. telah bersabda: berusahalah untuk mencari lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir. (H.R.: Muslim)
25. Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra. ia berkata: Dinampakkan dalam mimpi seorang laki-laki bahwa lailatul qadar pada malam kedua puluh tujuh, maka Rasulullah saw. bersabda: Saya pun bermimpi seperti mimpimu, ditampakkan pada sepuluh malam terakhir, maka carilah ia (lailatul qadar) pada malam-malam ganjil. (H.R.: Muslim)
26. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata: Saya berkata kepada Rasulullah saw. Ya Rasulullah, bagaimana pendapat tuan bila saya mengetahui lailatul qadar, apa yang saya harus baca pada malam itu? Beliau bersabda: Bacalah (artinya) Yaa Allah sesungguhnya Engkau maha pemberi ampun, Engkau suka kepada keampunan maka ampunilah daku. (H.R.: At-Tirmidzi dan Ahmad)
27. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata: Adalah Rasulullah saw mengamalkan i’tikaf pada sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadhan sampai beliau diwafatkan oleh Allah Azza wa Jalla. (H.R.: Al-Bukhary dan Muslim)
28. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata: Adalah Rasulullah saw. apabila hendak beri’tikaf, beliau shalat shubuh kemudian memasuki tempat i’tikafnya. (H.R.: Jama’ah kecuali At-Tirmidzi)
29. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata: Adalah Rasulullah saw. apabila beri’tikaf, beliau mendekatkan kepalanya kepadaku, maka aku menyisirnya, dan adalah beliau tidak masuk ke rumah kecuali karena untuk memenuhi hajat manusia (buang air, mandi dll.) (H.R.: Al-Bukhary dan Muslim)
30. Allah ta’ala berfirman: (artinya) Janganlah kalian mencampuri mereka (isteri-isteri kalian) sedang kalian dalam keadaan i’tikaf dalam masjid. Itulah batas-batas ketentuan Allah, maka jangan di dekati. (Al-aqarah: 187)
31. Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. ia berkata: Telah bersabda Rasulullah saw: Setiap amal anak bani Adam adalah untuknya kecuali puasa, ia adalah untukku dan aku yang memberikan pahala dengannya. Dan sesungguhnya puasa itu adalah benteng pertahanan, pada hari ketika kamu puasa janganlah berbuat keji, jangan berteriak-teriak (pertengkaran), apabila seorang memakinya sedang ia puasa maka hendaklah ia katakan: ” sesungguhnya saya sedang puasa”. Demi jiwa Muhammad yang ada di tanganNya sungguh bau busuknya mulut orang yang sedang puasa itu lebih wangi disisi Allah pada hari kiamat daripada kasturi. Dan bagi orang yang puasa ada dua kegembiraan, apabila ia berbuka ia gembira dengan bukanya dan apabila ia berjumpa dengan Rabbnya ia gembira kerana puasanya. (H.R.: Al-Bukhary dan Muslim)
32. Diriwayatkan dari Abu Hurairah ia berkata: Sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda: Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan bohong dan amalan kebohongan, maka tidak ada bagi Allah hajat (untuk menerima) dalam hal ia meninggalkan makan dan minumnya. (H.R.: Jama’ah kecuali Muslim) Maksudnya Allah tidak merasa perlu memberi pahala puasanya.
33. Bahwa sesungguhnya Nabi saw. bersabda kepada seorang wanita Anshar yang sering di panggil Ummu Sinan: Apa yang menghalangimu untuk melakukan haji bersama kami? Ia menjawab: Keldai yang ada pada kami yang satu dipakai oleh ayahnya si fulan (suaminya) untuk berhaji bersama anaknya sedang yang lain di pakai untuk memberi minum anak-anak kami. Nabi pun bersabda lagi: Umrah di bulan Ramadhan sama dengan mengerjakan haji atau haji bersamaku. (H.R.: Muslim)
34. Rasulullah sw. bersabda: Apabila datang bulan Ramadhan kerjakanlah umrah karena umrah di dalamnya (bulan Ramadhan) setingkat dengan haji. (H.R.: Muslim)
KESIMPULAN
Ayat dan hadits-hadits tersebut di atas memberi pelajaran kepada kita bahwa dalam mengamalkan puasa Ramadhan kita perlu melaksanakan adab-adab sbb:
1. Berbuka apabila sudah masuk waktu Maghrib. (dalil: 6) Sunnah berbuka adalah sbb:
* Disegerakan yakni sebelum melaksanakan shalat Maghrib dengan makanan yang ringan seperti kurma, air saja, setelah itu baru melaksanakan shalat. (dalil: 2,3 dan 4)
* Tetapi apabila makan malam sudah dihidangkan, maka terus dimakan, jangan shalat dahulu. (dalil: 6)
* Setelah berbuka berdo’a dengan do’a sbb: Artinya: Telah hilang rasa haus, dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap wujud insya Allah. (dalil: 5)
2. Makan sahur. (dalil: 7 dan 8 ) Adab-adab sahur:
* Dilambatkan sampai akhir malam mendekati Shubuh. (dalil: 9 dan 10)
Apabila pada tengah makan atau minum sahur lalu mendengar adzan Shubuh, maka sahur boleh diteruskan sampai selesai, tidak perlu dihentikan di tengah sahur karena sudah masuk waktu Shubuh. (dalil: 11 dan 12)
* Imsak tidak ada sunnahnya dan tidak pernah diamalkan pada zaman sahabat maupun tabi’in.
3. Lebih bersifat dermawan (banyak memberi, banyak bershadaqah, banyak menolong) dan banyak membaca al-qur’an (dalil: 13)
4. Menegakkan shalat malam / shalat Tarawih dengan berjama’ah. Dan shalat Tarawih ini lebih digiatkan lagi pada sepuluh malam terakhir (20 hb. sampai akhir Ramadhan). (dalil: 14,15 dan 16)
Cara shalat Tarawih adalah :
* Dengan berjama’ah. (dalil: 19)
* Tidak lebih dari sebelas raka’at yakni salam tiap dua raka’at dikerjakan empat kali, atau salam tiap empat raka’at dikerjakan dua kali dan ditutup dengan witir tiga raka’at. (dalil: 17)
* Dibuka dengan dua raka’at yang ringan. (dalil: 18)
* Bacaan dalam witir: Raka’at pertama: Sabihisma Rabbika. Roka’t kedua: Qul yaa ayyuhal kafirun. Raka’at ketiga : Qulhuwallahu ahad. (dalil: 21)
* Membaca do’a qunut dalam shalat witir. (dalil: 22)
5. Berusaha menepati lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir, terutama pada malam-malam ganjil. Bila dirasakan menepati lailatul qadar hendaklah lebih giat beribadah dan membaca: Yaa Allah Engkaulah pengampun, suka kepada keampunan maka ampunilah aku. (dalil: 25 dan 26)
6. Mengerjakan i’tikaf pada sepuluh malam terakhir. (dalil: 27)
Cara i’tikaf:
* Setelah shalat Shubuh lalu masuk ke tempat i’tikaf di masjid. (dalil: 28)
* Tidak keluar dari tempat i’tikaf kecuali ada keperluan yang mendesak. (dalil: 29)
* Tidak mencampuri isteri dimasa i’tikaf. (dalil: 30)
7. Mengerjakan umrah. (dalil: 33 dan 34)
8. Menjauhi perkataan dan perbuatan keji dan menjauhi pertengkaran. (dalil: 31 dan 32)
Doa Ramadhan:
Hari Ketiga
“Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan.”

Thursday, July 19, 2012

SAMBUTAN IHYA' RAMADHAN 2012


Sambutan ini berlangsung pada 19 Julai 2012 (29 Syaaban 1433H ) bertempat di Dewan SKTR. Sambutan ini dijalankan sebanyak dua kali untuk pelajar sesi pagi dan pelajar sesi petang.
Ustaz Fadhlur Rahman b. Ismail sebagai penceramah untuk pelajar-pelajar sesi petang.

Program anjuran Panitia Pendidikan Islam ini adalah bertujuan
- Menanamkan rasa cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.
- Menggalakkan murid-murid mengerjakan amal ibadah sunat sepanjang Ramadhan.
- Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK & SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA WARGA SKTR....

Thursday, July 12, 2012

LAWATAN PENANDA ARAS 2012


Program lawatan penanda aras oni di anjurkan oleh SKTR (LDP). Lawatan ke SK Sultan Ahmad Tajuddin dan seterusnya ke Padang Besar.. Guru-guru dipecahkan beberapa kumpulan dan tugasan-tugasan tertentu agar guru dapat fokus dan membentangkan pemerhatian mereka apabila pulang ke sekolah nanti.





banyak lagi gambar dalam FACEBOOK..


Wednesday, July 11, 2012

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2012

SKTR telah menjalankan program Hari Anugerah Cemerlang. Program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya.. tahniah kepada semua guru-guru dan ajk-ajk yang terlibat.




banyak lagi gambar dalam FACEBOOK kami...

Sunday, June 24, 2012

KEJOHANAN SUKAN SKTR 2012




Kejohanan sukan SKTR 2012 bermula pada hari ini dan akan tamat pada 27.06.2012.
Jadual kejohanan

24.06.2012 - Sukantara
25.06.2012 - Saringan dan pertandingan Lompat Jauh untuk L3 & P3
26.06.2012 - Kejohanan Acara Padang untuk pelajar sesi pagi ( L4,L5,L6,P4,P5 & P6)
27.06.2012 - Kejohanan Olahraga







Pemenang keseluruhan

Tempat pertama: rumah kuning
Tempat kedua : Rumah hijau
Tempat ke tiga: Rumah Merah
Tempat ke empat: Rumah Biru
Tempat kelima :Rumah Ungu