Friday, February 24, 2012

Mahu hasilkan buku kanak-kanak?

Mahu hasilkan buku kanak-kanak? Sertailah kursus 4 Siri Pengkarya Guru di hujung minggu.

Cikgu akan pelajari:

  • Teknik menulis dan mengilustrasi buku kanak-kanak

  • Teknik mengarang cerita dan menghasilkan storyboard

  • Bagaimana menghasilkan dummy berdasarkan cerita?

  • Bagaimana untuk self-publish

serta BERPELUANG UNTUK MEMASARKAN KARYA KEPADA PENERBIT TEMPATAN!

Yuran kursus, penginapan dan makan minum ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Anda cuma perlu biayai sendiri kos perjalanan ke tempat kursus.

Hantarkan butiran lengkap berserta contoh penulisan mahupun ilustrasi sebelum 15 Mac 2012 Dengan melayari www.moe.gov.my/mbkm

PESERTA YANG TERPILIH AKAN DIHUBUNGI PADA ATAU SEBELUM 1 APRIL 2012.
Terima kasih.

Wednesday, February 15, 2012

TAKWIM PEPERIKSAAN KPM 2012


Guru-guru sila ambil perhatian.... peperiksaan sekolah kita akan diadakan mengikut takwim yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ujian 1 akan bermula pada 5 Mac - 7 Mac 2012..

Saturday, February 11, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1433H



sambutan maulidur rasul 1433 H peringkat sekolah...

kalau nak tengok gambar yang berkaitan boleh tengok di fan page sekolah kami

fan page SKTR

Thursday, February 09, 2012

STANDARD PRESTASI TAHUN 1 & 2


Standard prestasi yang telah dikemaskinikan pada 5 Januari 2012 telah di muat naik ke website lembaga peperiksaan malaysia... guru-guru tahun 1 dan 2 sila layari laman web LPM atau klik DI SINI untuk pautan ke laman web LPM dan sila memuat naik dokumen prestasi yang terbaru dan telah dikemaskini... Guru-guru juga boleh klik pada tab PBS di atas.. sekian HARAP MAKLUM...

Saturday, February 04, 2012

SALAM MAULIDUR RASUL


SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL KEPADA SEMUA WARGA SK TAMAN RIA..... Dan juga selamat bercuti....

Thursday, February 02, 2012

PANGKALAN DATA MURID ONLINE


http://apdm.moe.gov.my/index.php



Guru-guru...

Pangkalan Data Murid online yang baru telah di siarkan dan telah mendapat arahan dari PPD agar kita dapat mengemaskini data murid dalam website....
Semoga semua guru kelas dapat mengemaskini data murid-murid anda sebelum 24 Feb 2012..
semoga dengan kelancaran proses pengemaskinian data murid ini akan melancarkan proses pengisian markah di dalam SAPS dan SPPBS...

ANDA BOLEH KLIK PADA LINK DI BAWAH ATAU PADA GAMBAR DI BAHAGIAN PAUTAN UNTUK PENGEMASKINIAN DATA MURID-MURID ANDA

PANGKALAN DATA MURID ONLINE