SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RIA

LIKE Kami di Facebook juga

Tuesday, May 22, 2012

SISTEM SEMAKAN ONLINE PEPERIKSAAN KHAS UNTUK IBU BAPA

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau SAPS telah mulai stabil dan boleh digunakan bagi kegunaan ibu bapa bagi menyemak dan mendapatkan keputusan setiap peperiksaan di sekolah. Oleh yang demikian ibu bapa boleh melayari laman web yang tertera.

http://saps.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
SEMAKANIBUBAPA
IBU BAPA
Semoga bidang keberhasilan negara ini dapat memudahkan lagi proses di dalam sistem pendidikan negara.

Monday, May 21, 2012

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012

Peperiksaan pertengahan tahun untuk pelajar-pelajar tahun 3-6 sedang berlangsung. Ianya bermula pada 20.05.2012 hingga 24.05.2012.Disamping itu, pentaksiran Sumatif juga berlangsung serentak untuk murid tahun 1 &2. Selamat menjawab kepada pelajar-pelajar SKTR dan Selamat Menanda kertas dan mengisi markah ke dalam SAPS dan SPPBS...

Guru-guru diingatkan untuk mengisi markah ke dalam kedua-dua sistem online tersebut sebelum 21 Jun 2012.. Harap maklum dan mengambil tindakan dengan segera..






IKHLAS daripada..
SUP dalaman SKTR

Thursday, May 17, 2012

SAMBUTAN HARI GURU 2012

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah berjalan dengan baik. Bermula dengan bacaan Yassin, sambutan hari lahir cikgu Azmi, dan acara memotong kek. Kemudian diteruskann dengan persembahan murid-murid dan acara sukaneka untuk guru. Acara diakhiri dengan jamuan makan untuk guru dan penyampaian hadiah...

TAHNIAH kepada BAKSTAR yang telah berjaya menganjurkan acara ini dengan baik...










VIDEO LAGU TEMA HARI GURU 2012 -- GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA







VIDEO PERSEMBAHAN MURID



Terukir di bintang - lagu yang telah di adaptasikan daripada lagu Terukir Di bintang nyanyian Yuna oleh cikgu Zaidi, dinyanyikan oleh pelajar - pelajar 6 Ria 1 dan telah di edit dengan baik oleh cikgu Tiniey.. :P








Wednesday, May 16, 2012

SELAMAT HARI GURU

TAZKIRAH


 






Rasulullah saw bersabda, “Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan untuknya.” (HR. Muslim)

Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah, Malaikat dan Ahli (penduduk) langit dan bumi; hingga semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia. (HR al-Tarmizi, 300 hadis bimbingan oleh ustaz Zahazan Mohamad)

Ya Allah, berkatilah usaha dan kehidupan guru-guru kami.