Saturday, July 21, 2012

TARAWIKH




Sunat Tarawih

1. Hadith riwayat Muslim: Dari Abu Hurairah Radiallahu 'anhu bahawa Rasulullah telah bersabda: "Barangsiapa yang mendirikan solat tarawih pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu".
2. Hukum tarawih adalah sunat muakkad, sebaiknya berjemaah.
3. Waktu solat adalah selepas fardhu Isyak.
4. Jumlah rakaat pada zaman Rasulullah adalah 8 tetapi Khalifah Omar Al-Khattab menambahkan lagi bilangannya menjadi 20. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sebanyak 20 rakaat. Solat tarawih dilakukan dua rakaat pada setiap takbiratul-ihram.
5. Niat solat jika makmum adalah "Sengaja aku bersolat (atau sembahyang) sunat tarawih dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala". Lafaz niatnya adalah




"Ussali sunatat tarawih raka'ataini makmuman (ma'munatan bagi perempuan) lillahi ta'ala".
6. Rukun sembahyang adalah serupa dengan rukun solat yang lain.
7. Bacaan-bacaan sunat sebelum dan/atau selepas tiap-tiap dua rakaat tarawih dan/atau witir:-
(i) Bila Bilal menyebut:




"Subhanallahi wal hamdulillahi wa la ilaha illallahu wallahu akbar wa la haula wala quata illa billahil 'aliyil 'adzim". dan







"Allahumma salli 'ala muhammad" atau "Allahumma salli 'ala saiyidina wa syafi 'ina wa dzukhrina wa maulana muhammad".

(ii) Ramai menyahut: "Sallahu was salama 'alaih".
(iii) Bila Bilal menyebut:




"Solatut tarawihi min qiyami syahri ramadhana athabakumullah".
(iv) Ramai menyahut: "Assalatu la ilaha illallah".
(v) Bila Bilal menyebut: "Fadhlan minallahi wa ni'mah".
(vi) Ramai menyahut:




"Wa maghfiratan wa rahmah, La ilaha illallahu wahdahu La syarika lah, Lahulmulku wa huwa 'ala kulli syai in qadir".
(vii) Bila Bilal menyebut: "Albadrul muniru muhammad".
(viii) Ramai menyahut: "Sollu 'alaih".
(ix) Bila Bilal menyebut: "Subhanal malikil ma'bud".
(x) Ramai menyahut



:

"Subhanal malikil maujud, subhanal malikil haiyilladzi la yanamu wa la yamutu wa la yafutu abada, subbuhul quddus, rabbana wa rabbul malaikati warruh, subhanallahi walhamdulillahi wa la ilaha illallahu wallahu akbar, wa la haula wa la quata illa billahil 'aliyil adzim".
(xi) Bila Bilal menyebut:




"Alkhalifatul awwal amirul mu'minin saiyidina abu bakris siddiq" atau




"Alkhalifatuth-thani amirul mu'minin saiyidina 'umarubnil khattab" atau




"Alkhalifatuth thalathu amirul mu'minin saiyidina 'uthmanabni 'affan".
(xii) Ramai menyahut: "Radhiallahu 'anh".
(xiii) Bila Bilal menyebut:




"Alkhalifatur rabi' amirul mu'minin saiyidina 'aliyubni abi talib".
(xiv) Ramai menyahut: "Karamallahu wajhah".
(xv) Bila Bilal menyebut:
"Autiru wa majjidu wa 'adzdzamu (waqnutu) syahrakum syahras siyami rahimakumullah"
selepas tarawih untuk memaklumkan sembahyang witir.
(xvi) Ramai menyahut: "Assalatu La ilaha illallah".
8(a) Niat witir adalah "Sengaja aku sembahyang sunat witir dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala". Lafaznya ialah




"Ussalli sunnatal witri rak'ataini ma'muman (ma'mumatan jika perempuam) lillahi ta'ala" bagi dua rakaat yang pertama.
dan
"Sengaja aku sembahyang sunat witir satu rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala". Lafaznya ialah




'Ussalli sunnatal witri raka'atan ma'muman (ma'mumatan bagi perempuan) lillahi ta'ala" bagi sembahyang terakhir.
8(b) Jika melakukan tarawih lapan rakaat sahaja, lazimnya sembahyang witir dibuat dalam tiga rakaat dengan satu salam sahaja. Niatnya "Sengaja aku sembahyang sunat witir tiga rakaat kerana Allah Ta'ala". Sisipkan 'mengikut imam' jika makmum. Lafaznya adalah "Ussalli sunnatal witri thalatha raka'atin (ma'muman atau ma'mumatan jika mengikut imam) lillahi ta'ala".
9. Pada malam keenambelas Ramadhan disunatkan membaca qunut (seperti qunut subuh) pada rakaat terakhir dan disunatkan sujud sahwi jika meninggalkannya.
10. Tahlil beramai-ramai selepas sembahyang witir adalah:




"Ya latifu kafi, ya hafidzu ya syafi" dua kali dan "ya latifu ya wafi ya karimu antallah" disambung dengan beberapa kali "La ilaha illallahu la ilaha illallah".
11. Pedoman ini diharap dapat membantu pembaca budiman. Sebutan-sebutan bahasa Arab dialih-hurufkan sedekat mungkin dengan sebutan lazim bacaan rumi. Tetapi perbezaan artikulasi huruf sebutan, harakat dsb. hendaklah dirujuk kepada buku atau orang yang mahir dalam sebutan asalnya.
12. Niatlah puasa bagi hari berikutnya (jika bukan 1 syawal) "Sengaja aku berpuasa besok dalam bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala" dan lafaznya "Nawaitu sauma ghadin 'an ramadhana lillahi ta'ala".

No comments:

Post a Comment