SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RIA

LIKE Kami di Facebook juga

Tuesday, January 22, 2013

FROG VLE

Apakah FROG VLE:

Frog VLE telah dibangunkan khusus untuk membantu proses P&P dan terbukti rekod pencapaiannya dan telah digunapakai di sekolah-sekolah di seluruh dunia termasuk United Kingdom, Qatar, Hong Kong dan Thailand. 

Adalah menjadi aspirasi KPM dengan pelaksanaan platform Frog VLE di sekolah-sekolah, ianya dapat meningkatkan lagi kualiti P&P dan membantu meringankan beban guru-guru di sekolah.


  1. URL FROG VLE yang khusus untuk sekolah 
    URL yang unik ini hanya untuk sekolah untuk membolehkan warga sekolah akses ke platform Frog VLE >>> CAPAIAN KE VLE SKTR KLIK DI SINI
  2. Nama pengguna (ID) dan kata laluan (password)
    ID (Nama pengguna) dan kata laluan untuk warga sekolah. Setiap guru, pelajar dan ibu –bapa akan mempunyai nama pengguna khusus dan kata laluan untuk Frog VLE. Bahagian pentadbiran mempunyai akses tambahan bagi membolehkan mereka untuk mencipta,mengemaskini dan menamatkan perkhidmatan pengguna, mengedit papan nota sekolah dan mengwujudkan kalender untuk membuat tempahan baru.
  3. Peranti Dongle ‘Go’ 4G dan maklumat akses ke 1BestariNet melalui rangkaian Yes 4G
    Sebagai sebahagian daripada projek 1Bestarinet pihak sekolah akan menerima peranti (dongle) Yes 4G. Dongle ini membenarkan guru sekolah untuk mengakses Frog VLE di kawasan sekolah dan melalui Rangkaian Yes 4G di kawasan liputan sedia ada di luar sekolah. Untuk makluman Tuan/Puan, akses internet kepada Frog VLE dari luar kawasan sekolah melalui Yes 4G adalah percuma.

    Dokumen yang dilampirkan mengandungi ID dongle dan kata laluan untuk semua dongle yang diterima oleh pihak sekolah (iaitu setiap dongle akan menggunakan ID dan password yang sama) sebagai sebahagian daripada projek 1BestariNet.

Monday, January 07, 2013

SESI PERSEKOLAHAN 2013

Selamat kembali ke sekolah kepada pelajar-pelajar dan selamat memulakan pengajian kepada pelajar tahun 1..

Semoga tahun 2013 SK Taman Ria lebih cemerlang dan terbilang.

Buat guru-guru semoga tahun 2013 dapat meningkatkan semangat mengajar guru-guru dan dapat mendidik anak-anak murid agar mereka menjadi seorang yang berguna..

Mualakan hari kita dengan bismillah dan Ummul Kitab Al-Fatihah. Hayatilah lagu di bawah..



Tuesday, January 01, 2013

UJIAN SARINGAN TAHUN 1

Pada 23.12.2012 SKTR telah mengadakan sesi perjumpaan waris bagi pelajar-pelajar tahun 1 dan menjalankan ujian saringan kepada pelajar-pelajar tahun 1 bagi menentukan kelas masing-masing..

PIBG tidak ketinggalan mengadakan jualan bagi mengumpul dana PIBG dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

TAHNIAH kepada semua guru dan AJK PIBG yang telah sama-sama menjayakan Hari perjumpaan waris dan pendaftaran pelajar tahun 1 2013 SKTR.

Berikut sedikit gambar yang dapat dikongsi bersama.