Tuesday, October 13, 2015

Salam Maal Hijrah Kepada Warga SKTR



Andang api tidak berlampu, 
Malam terhukum petir berdentum; 
Dipandang sepi lihat tak mampu, 
Assalamu'alaikum secangkir kuntum.

Kapal karam bersimpul tali, 
Carilah benua terasa penat; 
Awal Muharram muncul kembali, 
Marilah semua berpuasa sunat.

Tilan gelama menimbun merah; 
Merah sebelah melukah ke tanah, 
Bulan pertama di Tahun Hijrah, 
Hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah.
 
Pesona Muharram kalau dikenang, 
Tentu kenangan menempah sejarah; 
Makna diharamkan atau dipantang, 
Iaitu peperangan dan tumpah darah.
 

Pangkal pohon pasir bertimbun, 
Ada sawa berembun hujan; 
Awal tahun dan akhir tahun, 
Dibaca doa mohon kesejahteraan.

Dalam payah mewakaf tempat, 
Bangga dan pasrah telus berehsan; 
Segenggam hidayah insaf dan taubat, 
Semoga berhijrah berterus-terusan



Monday, September 21, 2015

Selamat Hari Raya Aidiladha Kepada Semua Warga SKTR



Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan,
Selamat Hari Raya Aidiladha!

Monday, August 24, 2015

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-58 KEPADA SEMUA WARGA SKTR



Indah sungguh bunga seri pagi,
Disimbah mentari kembanglah ia;
Terasa bertuah diri ini,
Kerana dilahirkan di bumi Malaysia.

Tersusun tari lemah gemalai,
Mengikut irama chuk chuk kendung;
Bumi Malaysia aman dan damai,
Sehingga menggamit ramai pelancung.

Lincah si gadis menganyam ketupat,
Bersama rendang enak dicicah;
Merdeka negara lebih setengah abad,
Minda dan tingkahlaku masih terjajah.

Megah mentari memayungi bumi,
Tumbuh tumbuhan hijau melata,
Sumber rezeki kepada insan;
Wahai generasi masa kini,
Usah hanya sambut merdeka,
Hayati jua sejarah kemerdekaan.


Wednesday, July 29, 2015