LOGO&LAGU


LOGO SEKOLAH



 

BENTUK


Lencana Sekolah Kebangsaan Taman Ria terbahagi kepada dua struktur.
  •  Struktur 1  :  Bentuk meruncing seperti sebutir berlian merupakan salah satu khazanah alam kurniaan Allah S.W.T yang cukup bernilai kepada manusia. SKTR mengambil simbol ini sebagai kualiti kerja dan disiplin diri dan diserapkan kepada warga pendidikan dan staf SKTR berpaksikan Falsafah Pendidikan Negara.
  • Struktur 2Dua helai daun melambangkan tumbuh-tumbuhan. SKTR berazam menjadikan sekolah ini sebagai " sekolah dalam taman","taman dalam sekolah". 
Lengkungan yang berwarna ungu yang bercantum kepada bentuk lencana utama bermaksud struktur bangunan SKTR yang berbentuk huruf 'U'. 'U' melambangkan Unik dan Unggul. Bentuk bangunan sekolah sebegini cukup segak dan mantap pada pandangan dan amat bersesuaian bagi suasana P&P di zaman millenium ini. Tambahan pula ianya dibina dan didirikan pada dataran buli (lengkungan hijau) yang kukuh lagi kejap dan para pendidik dan murid-murid tidak perlu bimbang tentang keutuhan dan kekukuhan bangunannya.

SIMBOL / LAMBANG

  1.  Bunga raya 5 kelopak - SKTR memntingkan alam sekitar dan iklim sekolah yang ceria sebagai salah satu unsur terpenting membentuk sahsiah para pelajar supaya memiliki nilai-nilai murni seperti penyayang, penyabar, jati diri, rajin dan hormat menghormati. Kelopak pecah lima melambangkan Rukun Islam dan Rukun Negara sentiasa dipatuhi dan diamalkan.             
   - "5 Kelopak" juga bermaksud lima kunci kejayaan
  • Tekad dan Keazaman 
  • Tekun Berusaha
  • Tabah dan Sabar menghadapi cabaran
  • Tulus ikhlas dalam menjalankan tugas
  • Tawakal dan Berserah kepada Allah setelah berusaha.
    2.    Buku - Sumber gedung ilmu pengetahuan.

    3.   Gelung Beranta - Menggambarkan 3 kegiatan kokurikulum iaitu Sukan, Persatuan dan Kelab, dan Unit Beruniform. Kerjasama antara 3 bidang adalah tonggak resepi kejayaan kokurikulum sekolah.


COGANKATA

Dipetik dari ungkapan "RIA"


'R' Bermaksud Rajin. Kata pepatah rajin berusaha tangga kejayaan. Nilai murni ini perlu disemadikan dalam diri warga SKTR supaya apa yang dicitaklan akan terlaksana.


'I'  bermaksud Ikhlas. Ikhlas melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Ikhlas semasa menuntut ilmu. Ikhlas dalam suatu tujuan dan maksud.


'A' bermaksud Amanah. Setiap tugas yang dilaksanakan adalah satu amanah yang harus dipikul yang kemudiannya kelak akan dinilai oleh Allah S.W.T. InsyaAllah semoga hasil yang dikecapi mendapat keberkatan daripadaNya...


2001  bermaksud sejarah sekolah ini telah dibuka pada tahun 2001.


                               BENDERA SEKOLAH SKTR






            
                                        


            

         

            LAGU  SEKOLAH

  

Tumbuhnya  pasti  bermakna

Sinaran terpancar ceri

Penjana minda usia  mud

Cita ternobat di dada

 

Putra Putri  SKT

Rajin berusaha Hingga Berjaya

 

lkhlas, jujur,  taat,  setia 

Pantang  berundur menyerah kalah 

Bangun  sederap terus melangkah 

Jati diri  semangat waja

Bahagia kita selama-lamanya

 

 


No comments:

Post a Comment