Tuesday, July 30, 2013

Hari Anugerah Cemerlang 2013

Rasional

Sebagai sebuah institusi pendidikan, konsep penyatuan dalam masyarakat perlu dititikberatkan
melalui pelbagai aktiviti yang boleh membawa manfaat kepada semua terutamanya dalam
bentuk penghargaan dan motivasi ke arah kecemerlangan pendidikan.

Matlamat

1.         Melahirkan pelajar yang cemerlang dan bermotivasi dalam bidang akademik dan kokurikulum.
2.         Merapatkan hubungan silaturrahim antara guru dan staf sekolah dengan masyarakat setempat
            terutama ibu bapa / waris pelajar.
3.         Menggiatkan diri secara progresif dan produktif dalam menghadapi globalisasi
            pendidikan dalam ruang lingkup alam pesekolahan.

Objektif

1.         Memberi penghargaan dan motivasi kepada pelajar untuk meningkatkan kecemerlangan.
2.         Memberi rangsangan kepada ibu bapa/ waris pelajar untuk menjadi pemangkin
kecemerlangan pelajar.

Penglibatan

1.         Guru, staf dan PIBG SK Taman Ria.
2.         Pelajar SK Taman Ria
3.         Waris pelajar  SK Taman Ria.
4.         Masyarakat setempat.

Aturcara Hari Anugerah Cemerlang

08:30 a.m.       -           Ketibaan waris
09:00 a.m.       -           Ketibaan Tetamu Khas.
09:15 a.m.       -           Bacaan doa
                        -           Ucapan Tuan Guru Besar
                        -           Ucapan Tetamu Khas
                        -           Persembahan 1
                        -           Penyampaian hadiah
                        -           Persembahan 2
                        -           Penyampaian hadiah

12:30 a.m.       -           Majlis bersurai.


Tokoh Pelajar 2013

No comments:

Post a Comment