Indah sungguh bunga seri pagi,
Disimbah mentari kembanglah ia;
Terasa bertuah diri ini,
Kerana dilahirkan di bumi Malaysia .
Tersusun tari lemah gemalai,
Mengikut irama chuk chuk kendung;
Bumi Malaysia aman dan damai,
Sehingga menggamit ramai pelancung.
Lincah si gadis menganyam ketupat,
Bersama rendang enak dicicah;
Merdeka negara lebih setengah abad,
Minda dan tingkahlaku masih terjajah.
Megah mentari memayungi bumi,
Tumbuh tumbuhan hijau melata,
Sumber rezeki kepada insan;
Wahai generasi masa kini,
Usah hanya sambut merdeka,
Hayati jua sejarah kemerdekaan.
No comments:
Post a Comment