Andang api tidak berlampu,
Malam terhukum petir berdentum;
Dipandang sepi lihat tak mampu,
Assalamu'alaikum secangkir kuntum.
Kapal karam bersimpul tali,
Carilah benua terasa penat;
Awal Muharram muncul kembali,
Marilah semua berpuasa sunat.
Tilan gelama menimbun merah;
Merah sebelah melukah ke tanah,
Bulan pertama di Tahun Hijrah,
Hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah.
Pesona Muharram kalau dikenang,
Tentu kenangan menempah sejarah;
Makna diharamkan atau dipantang,
Iaitu peperangan dan tumpah darah.
Pangkal pohon pasir bertimbun,
Ada sawa berembun hujan;
Awal tahun dan akhir tahun,
Dibaca doa mohon kesejahteraan.
Dalam payah mewakaf tempat,
Dalam payah mewakaf tempat,
Bangga dan pasrah telus berehsan;
Segenggam hidayah insaf dan taubat,
Semoga berhijrah berterus-terusan
No comments:
Post a Comment